Saturday, 3 December 2011

luahan part : 2


selamat petang yang panas terik :)



ada benda yang maya nak share kan pada korang , apa yang maya rasa sekarang :( korang pun mesti percaya pada takdir kan ? ke ada yang tak percaya ? ke korang rasa perjalanan hidup ni,  kita sendiri yang tentukan . jodoh pulak macam mana ? memang tuhan dah sediakan atau kita yang cari jodoh kita sendiri ? 

sakit kan bila perlu tinggalkan seseorang yang kita sayang , daripada kita sendiri terpaksa tahan kepedihan yang korang alami , daripada masalah menjadi makin besar dan jalan terbaik kita terpaksa tinggalkan apa yang kita ada masa tu . rasa bahagia ke sekarang dengan keputusan yang kita dah buat ? lepas kita tengok orang yang kita sayang tu dah ada pengganti baru , bertambah sakit :'(  masa ni lah kita mula rasa adil ke apa yang jadi ? kebahagian untuk korang tapi sekarang dah jadi milik orang lain ? masa ni jugak lah korang rasa nak lari jauh jauh tempat orang yang korang tak penah kenal dan mula kan life baru . TINGGAL kan semua dekat belakang sebagai sejarah , sejarah yang korang nama kan " kepahitan" . bila pula peluang kita untuk dapat bahagia dengan insan yang korang sayang , bila ? betul kawan maya cakap , hidup nie ibarat rumput . bila kita dah jumpa rumput yang elok terus amik dan simpan dea , sebab korang tak boleh menoleh kebelakang balik sebab masa tu mesti dah ada orang yang ambik rumput yang cantik tu , dan kalau kita masih jalan ke depan untuk mencari rumput yang lebih cantik , mesti kita takkan dapat hingga ke penghujung jalan . kerana kita asyik mahu kan yang terbaik dan tidak bersyukur . sorry buat entry sedih , #kbhai 






Friday, 2 December 2011

hey december

lagi sebulan kita akan menghabiskan tahun 2011 . sekejap jea masa berlalu , pejam celik pejam celik . tahun depan maya dah berumur 21 tahun ! yahoo .. tapayah seronok sangat lah maya . hidup perjalanan masih jauh . itu pun kalau umur panjang . amin . pada bulan december ni , ada 2 insan tersayang yang akan menyambut hari ulang tahun iaitu adik maya . iera dan farish :) semoga ALLAH panjangkan umur dan permudahkan segala urusan mereka , amin :) anyway kepada sahabat yang menyambut hari jadi pada bulan december jugak , maya ucapkan selamat hari lahir :) muahhh



HAPPY BIRTHDAY SAYANG

MAY GOD BLESS BOTH OF YOU

WITH LOVE

MAYA :)

RARA ZIKRY , siapakah beliau ?

selamat malam sahabat / assalammualaikum



fuhh fuhh , bersawang dan berhabuk sikit dah belog maya nie . maaf yea , seminggu tak update :) maya agak sibuk dengan research yang perlu maya siapkan . research untuk final projek semesta terakhir maya , amin kalau tak ada apa apa halangan melintang :) doa kan yea . banyak benda yang maya nak share dekat korang tapi kalau cerita semua sekarang mesti korang boleh tertidur plus buat peta atas lappy masing masing , hahaha . joke yea sayang :p mula mula kita share mengenai arwah rara zikry . tahziah kepada ahli keluarga rara atas kehilangan insan yang mereka sayangi . sedih jugak bila baca mengenai penderitaan rara . memang cantik pada mata aku , korang pun mesti setuju jugak kan , tapi nak buat macam mana , ALLAH lebih menyayangi dea . ingat nak post gambar dea tapi tak boleh , maaf yea , sebab dea dah menjadi arwah , lagi pun gambar dea tidak menutup aurat , nanti akan menyusahkan arwah , kesian dea kan . nama betul arwah adalah zarith nadhira binti mohamed zikry ( rara zikry ) berumur 23 tahun .

details of the story


On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together.
 Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah. Imagine how will you handle the situation? Your BFF yang gelak sama-sama masa pagi tadi, now dah koma and the only thing you can do is stare at the weak body……

Masa Lanie pergi melawat Rara kat hospital, Rara masih koma. Masa Lanie nak balik, ada nurse nak tukarkan baju Rara. So Lanie nak geraklah balik rumah. Mungkin tak kena cara atau nurse bodoh bahlol bingai (bak kata Lanie) ni pergi tukar baju dengan kasarnya, Lanie nampak air mata Rara jatuh masa Lanie jalan balik. Lanie pon sedih tapi just jalan balik je lah. Kau nampak tak betapa hibanya situasi tu? Kawan kau yang koma tu keluarkan air mata masa kau berjalan pulang nak tinggalkan dia kat hospital tu, exactly waktu nurse salinkan baju dia. Bertambah kecewa, esoknya kau dapat tahu siku Rara retak! Rupanya! Dah kau nak syak siapa lagi kalau bukan si nurse yang buat kerja macam bebal tu? Siapa tak marah dan sedih? 


dekat sini ada detail pasal jumlah perbelanjaan yang family rara terpaksa tanggung , maya ada dengar jugak why family kaya but then mintak donation sana sini . come on guys , walau kaya macam mana pun bila every month kena keluar duit banyak banyak lebih dari pandapatan last last boleh kering jugak kan . 

al - fatihah kepada arwah zarith nadhira

Friday, 25 November 2011

sahabat dan tanggungjawab

assalammualaikum / selamat malam





semalam maya keluar dengan ody ,*kawan baik maya . ala jalan jalan ke sunway piramid jea . maya nak cari seluar dan ody nak cari baju untuk sambung belajar dea . cari punya cari , pusing dan tawaf habis dalam sunway untuk cari seluar yang macam danny suruh beli , memang tak ada . maya geram sangat bila mencari mesti tak jumpa , bila tak di cari bersepah sepah pula . tak apa , sabar jugak cari . last last dapat lah jugak . tapi tak ada pilihan jadi terpaksa ambik jea mana yang ada dari pada tak ada langsung kan . lepas jea cari barang yang di cari terus ody bawak pergi makan , tapi pergi dekat shah alam , area rumah maya jugak , sebab nak makan nasi . dan jumpa membe ody , budak poly juga , tapi maya tak kenal , dan nama dea pun maya , yang lain nya ejaan pada nama dea , "maia" masa lepak tu ody bawak ipod dea, dan maya update new entry masa tuh , taip karangan punya lah panjang panjang tiba tiba salah tekan, terdelete semua nya , kecewa habis mak nok :(  iye lah , maya tuli sikit dalam guna ipod tu , anyway , maya rasa sekarang memang maju sangat dengan gadjet ni kan , macam macam manusia sekarang cipta . lepas ni apa lagi yang gadjet yang akan keluar pulak . sambung cerita tadi , lepas tu , maya ,ody dengan maia pergi jumpa shifler dekat subang parade nak ambik handfone untuk danny , dan berangkat balik ke shah alam semua . sebenar nya pagi pagi lagi dah plan nak pergi celebrate birthday syamil dengan apis malam tu , dekat cafe babyT , subang . tapi cancel lepak sebab ada masalah rumah tangga sikit *cemburu* , hahahaha . lepas tu lepak dengan danny sampai lewat pagi  . balik jea rumah terus mandi and tidur sampai petang , itu tanda nya memang penat lah ye . budak budak rumah sewa semua sibuk mengemas barang sebab cuti semesta dah mula . tapi kena buat pendaftaran 19/12 . masa tu maya dah masuk sem 6 dah . tapi sekarang maya tak cuti pun sebab kena buat prepare bahan bahan research untuk final projek. point dekat sini , maya tak faham langsung nak buat research tu macam mana. jadi minggu cuti ni maya kena ulang alik uitm shah alam untuk cari bahan yang berkaitan . poly kemudahan bahan pembelajaran agak kurang . poli maya dah pun di iktiraf politeknik premier . tapi tak tahu pun awak kelebihan yang poli dapat . bangunan pulak agak tua dan cat yang berzaman jahiliah lagi rasa nya . tingkap pula , jangan cerita , ada yang tercabut dah pun . amboi , tak baik kutuk poli sendiri kan . bukan apa , maya cuma meluahkan apa yang terpendam jea . btw , sekarang dah bulan 11 kan , sebulan lagi dah bulan 12 , tukar tahun 2012 pulak . sekejap jea rasa dah nak habis tahun 2011 ni . banyak kenangan manis mahu pun pahit sepanjang tahun nie . haaa , maya ada dapat idea dari kawan maya untuk buat tutorial make up . cuma nak share ilmu yang maya ada dengan korang . apa pendapat korang ?


SETUJU ATAU TIDAK 

*sila nyatakan pendapat anda pada ruang comment :)
maya tunggu yea











Wednesday, 23 November 2011

Kesetiaan titik utama dalam perhubungan

assalammuaaikum / salam sejahtera

heyy korang ,mula mula maya nak tunjuk dekat korang 1 gambar dulu , dan aku percaya mesti ada salah sorang dari korang yang dah penah tengok gamba tu , nanti jangan cakap macam ni pulak yea "ala maya , aku dah tengok lama dah la gamba tu gila ketinggalan zaman kau ni" tak kesah lah korang nak kutuk ke nak keji ke apa , janji aku nak share sikit pasal entry atas tu . aku sebenarnya baru balik dari bergaduh bertarik rambut mencarut sambil bermanja manja sampai rasa nak lempang dengan danny tadi . aku sampai jea rumah niat nak tidur , tapi aku kesihan pulak tengok lappy yang dok memanggil manggil aku untuk minta dibelai belai . bila bukak facebook dekat tag photo ada gambar yang aku nak tunjuk dekat korang tadi , dan tiba tiba muncul lah idea untuk berkongsi cerita dengan korang , nak amik gambar ni , dan tempatkan diri korang pada gadis yang berada di tengah tengah tu . apa korang rasa ?



         
okay kita bagi nama lah kan , gadis yang tengah tengah tuh kita bagi dea dengan nama A dan gadis di sebelah kanan sekali kita panggil sebagai gadis B. bagi maya paling menyakitkan kalau kita di tinggalkan kerana wujudnya pihak ke3 dalam hubungan. kalau korang penah ada situasi tu mesti korang akan buat benda benda bodoh macam nak tengok betapa lawa/cantek/comel lah sangat "perampas" sampai dea boleh alih kan cinta boyf korang tu kan. mula lah korang akan tanya perangai perempuan tu dan kutuk dea teruk teruk walau korang tak penah kenal dan pada yang kenal pulak "perampas" tu korang akan cerita keburukan dea dekat semua orang . kalau boleh nak jumpa jea perempuan tu dan marah marah maki hamun semua kan , *jangan lupa mencarut sekali. hahahaa, jangan ikut yea kawan kawan. melawak jea . korang kena ingat 1 benda ni , lelaki yang baik tak kan tinggal kan korang kerana perempuan lain ,dan kalau korang menjadi gadis B pulak korang kena ingat " you play drama , you get karma ". untuk apa kita menjadi pihak ke3 dan merosak perhubungan orang lain . memang korang boleh jawab " jodoh lah maya " tapi korang boleh fikir sedalam dalam nya , kalau lelaki tu boleh tinggalkan atau curang dengan girlf dea , tak mustahil atau pelik dea akan buat benda yang sama dekat korang jugak , dan masa tu baru lah korang rasa langit tu tinggi ke tak kan :) tapi kalau lelaki tersebut tinggal kan girlf dea sebab perangai girlf dea tak senonoh , boleh jea dan tak salah korang terima lelaki tu sebab mngkin dea dah ta rasa selesa dan serasi dah kan . tapi korang kena ingat 1 benda jangan percaya 100% cerita keburukan dari lelaki tu , sebab  mungkin dea berniat untuk dapat kan simpati korang jea . pandai pandai lah korang cari maklumat yang betol , yang membuta tuli jea terima kutukan dea . walau apa pun , korang haruslah setia dan buat yang terbaik untuk menjaga hubungan korang , jangan pernah rasa bodo atau rendah diri kalau di tinggal kan , percaya lah cakap maya , orang yang tidak tahu menghargai orang yang terdekat dengan dea , dea akan menyesal dan akan cari korang balik tapi dengan syarat masa dalam perhubungan jangan lah korang curang jugak kan . sebab setiap perbuatan korang yang baik lelaki akan ingat dan akan bandingkan sendiri mana yang baik . masa tu korang jangan lah ego keras batu konkrit pulak , bawak bawak berbincang dulu , kalau masih ada rasa sayang dalam hati , tak salah bagi dea peluang , tapi korang kena ambik 1 risiko iaitu mungkin dea akan buat lagi , kalau korang sanggup tanggung risiko untuk disakiti lagi apa salah nya , tapi mana tahu jugak lelaki tu dah betol betol menyesal dan rasa korang lah gadis terbaik yang pernah dea jumpa , masa tu baru lah korang rasa untung nya korang bagi dea peluang lagi. segalam keputusan ditangan korang :)





with love ,
double M



*entry ini tiada kena mengena dengan sesiapa yea,
berkongsi atas pengalaman maya sendiri :)





Cinta Camera antara aku dan kau

aku dari dulu memang gedik dan mengada ngada bila dekat dengan camera , jangan pelik dan benci sebab tu hakikat yang korang harus terima . tak heran dan tak pelik kalau sekarang memang dunia fotography ni tiba tiba melonjak naik secara mendadak , sebab pelbagai jenis dan function  camera yang dicipta . aku jugak adalah salah seorang yang terpeangkap dalam dunia fotography ni . hanya untuk suka suka jea , dan bukan untuk mengejar populari . seronok ke korang rasa kalau orang ramai kenal korang ? seronok ke bila apa yang korang buat di perhatikan ? seronok ke orang asyik nak tahu hal peribadi korang ?

 seronok ke , seronok ke 

tapi apa apa pun aku memang pernah jatuh cinta dalam dunia tu dulu , mula nya seronok jugak , tapi akhir nya korang akan rasa macam apa yang aku cakap dekat atas tu .kadang kadang bila ada photographer minta tolong , aku tolong jugak , tapi tak semua lah , tengok keadaan jugak , sebab aku nak kena tengok jadual jugak kan . plus dengan konsep dea , sesuai dengan jiwa aku atau tidak . nanti tak sesuai kaku macam tiang lampu marah aku pulak kan . tapi sekarang ramai yang tak tahu function guna camera pun beli jugak , korang perasan tak ? masa ni lah baru aku perasan yang rakyat malaysia ni sebenarnya semua orang berjiwa seni *kot lah*  lepas tu dorang memang pandai edit edit gambar . aku pulak memang malas raja segala pemalas lepas ambil gambar memang tak akan edit punya sebab bagi aku kerja leceh , aku terus upload jea terus , biar     friend list aku nampak dan sedar muka aku memang hodoh *jeles lah tu* biar nampak semua jerawat plus jeragat yang bermaharajalela dekat muka aku , dekat sini aku nak share sikit website yang boleh korang guna kan untuk edit gambar korang , aku dapat tahu pun dari budak budak rumah sewa aku , dorang memang tersangat lah rajin untuk edit gambar ni , cemburu mula menguasai di sini . ni website dea ,korang boleh klik jea terus dan cuba hasil nya , boleh share share nanti yea .

                                                              www.picnik.com/
                                                           http://photofunia.com/
                                                           http://www.taaz.com/



with love ,
double M

Luahan Part : 1

Hati,
Andai kau mengerti
Betapa kecewanya ku rasa kini,
Keperitan yang tiada ungkapan,
Kesedihan yang tak terucap ,

Hati,
Menjeritlah membangkang ,
Mengangislah melawan ,
Pergilah kedukaan
Muncul lah kebahagian ,

Hati ,
Dugaan yang datang tanpa belas kasihan
Rakus meragut segala keceriaan
Membangkitkan perasaan suram menyakitkan
Terbang lah wahai hati
Terbang mencari ketenangan
Akan ku rela melepaskan segala kenangan





with love,
double M