Wednesday, 23 November 2011

Kesetiaan titik utama dalam perhubungan

assalammuaaikum / salam sejahtera

heyy korang ,mula mula maya nak tunjuk dekat korang 1 gambar dulu , dan aku percaya mesti ada salah sorang dari korang yang dah penah tengok gamba tu , nanti jangan cakap macam ni pulak yea "ala maya , aku dah tengok lama dah la gamba tu gila ketinggalan zaman kau ni" tak kesah lah korang nak kutuk ke nak keji ke apa , janji aku nak share sikit pasal entry atas tu . aku sebenarnya baru balik dari bergaduh bertarik rambut mencarut sambil bermanja manja sampai rasa nak lempang dengan danny tadi . aku sampai jea rumah niat nak tidur , tapi aku kesihan pulak tengok lappy yang dok memanggil manggil aku untuk minta dibelai belai . bila bukak facebook dekat tag photo ada gambar yang aku nak tunjuk dekat korang tadi , dan tiba tiba muncul lah idea untuk berkongsi cerita dengan korang , nak amik gambar ni , dan tempatkan diri korang pada gadis yang berada di tengah tengah tu . apa korang rasa ?



         
okay kita bagi nama lah kan , gadis yang tengah tengah tuh kita bagi dea dengan nama A dan gadis di sebelah kanan sekali kita panggil sebagai gadis B. bagi maya paling menyakitkan kalau kita di tinggalkan kerana wujudnya pihak ke3 dalam hubungan. kalau korang penah ada situasi tu mesti korang akan buat benda benda bodoh macam nak tengok betapa lawa/cantek/comel lah sangat "perampas" sampai dea boleh alih kan cinta boyf korang tu kan. mula lah korang akan tanya perangai perempuan tu dan kutuk dea teruk teruk walau korang tak penah kenal dan pada yang kenal pulak "perampas" tu korang akan cerita keburukan dea dekat semua orang . kalau boleh nak jumpa jea perempuan tu dan marah marah maki hamun semua kan , *jangan lupa mencarut sekali. hahahaa, jangan ikut yea kawan kawan. melawak jea . korang kena ingat 1 benda ni , lelaki yang baik tak kan tinggal kan korang kerana perempuan lain ,dan kalau korang menjadi gadis B pulak korang kena ingat " you play drama , you get karma ". untuk apa kita menjadi pihak ke3 dan merosak perhubungan orang lain . memang korang boleh jawab " jodoh lah maya " tapi korang boleh fikir sedalam dalam nya , kalau lelaki tu boleh tinggalkan atau curang dengan girlf dea , tak mustahil atau pelik dea akan buat benda yang sama dekat korang jugak , dan masa tu baru lah korang rasa langit tu tinggi ke tak kan :) tapi kalau lelaki tersebut tinggal kan girlf dea sebab perangai girlf dea tak senonoh , boleh jea dan tak salah korang terima lelaki tu sebab mngkin dea dah ta rasa selesa dan serasi dah kan . tapi korang kena ingat 1 benda jangan percaya 100% cerita keburukan dari lelaki tu , sebab  mungkin dea berniat untuk dapat kan simpati korang jea . pandai pandai lah korang cari maklumat yang betol , yang membuta tuli jea terima kutukan dea . walau apa pun , korang haruslah setia dan buat yang terbaik untuk menjaga hubungan korang , jangan pernah rasa bodo atau rendah diri kalau di tinggal kan , percaya lah cakap maya , orang yang tidak tahu menghargai orang yang terdekat dengan dea , dea akan menyesal dan akan cari korang balik tapi dengan syarat masa dalam perhubungan jangan lah korang curang jugak kan . sebab setiap perbuatan korang yang baik lelaki akan ingat dan akan bandingkan sendiri mana yang baik . masa tu korang jangan lah ego keras batu konkrit pulak , bawak bawak berbincang dulu , kalau masih ada rasa sayang dalam hati , tak salah bagi dea peluang , tapi korang kena ambik 1 risiko iaitu mungkin dea akan buat lagi , kalau korang sanggup tanggung risiko untuk disakiti lagi apa salah nya , tapi mana tahu jugak lelaki tu dah betol betol menyesal dan rasa korang lah gadis terbaik yang pernah dea jumpa , masa tu baru lah korang rasa untung nya korang bagi dea peluang lagi. segalam keputusan ditangan korang :)





with love ,
double M



*entry ini tiada kena mengena dengan sesiapa yea,
berkongsi atas pengalaman maya sendiri :)





3 comments:

  1. Saya setuju dgn karma. Tp ada juga yg lelaki tu je yg salah. Dan perempuan B tak tau menahu pun wujudnya A dlm hidup lelaki tu. So, takleh salahkan B jgk. Apa-apapun, kalo kes curang yg mcm gmbr kat atas tu, paling pedih kalau pompuan B itu adalah kawan baik A tu sendiri.

    ReplyDelete
  2. lydsunshine : maya setuju jugak dengan pendapat awak

    tira : awak jangan sedih , tak comel nanti :)

    ReplyDelete

terima kasih awak (: